Nasional

Pengisian bermanfaat warga KPLB di Majlis Hari Raya Aidilfitri

SEMANGAT dan nilai kekeluargaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi-agensi dipupuk menerusi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian yang diadakan hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jalinan silaturahim dan persaudaraan juga harus diterap atas semangat Keluarga Malaysia di semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan warga kerja KPLB dan agensi

“Sambutan Aidilfitri adalah salah satu simbolik kemenangan kita yang sabar dan tabah dalam menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan dan kemenangan semua dalam menyatukan ahli keluarga dan ahli masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, disebabkan Covid-19 yang melanda, selama dua tahun amalan kunjung mengunjung tidak dapat dilaksanakan.

Oleh itu, beliau berkata, apabila Covid-19 menjalani era peralihan sebagai endemik, aktiviti kunjung mengunjung atau ziarah menziarahi dari rumah ke rumah sanak saudara dan sahabat handai untuk bermaaf-maafan sambil menikmati hidangan-hidangan istimewa dapat dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Majlis dua dalam satu yang diadakan turut mengingatkan warga KPLB tentang penetapan 90 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2022.

Kata Mahdzir, daripada jumlah tersebut, 48 adalah KPI bagi kementerian atau sektor manakala baki 42 adalah KPI agensi.

“Pencapaian pretasi KPI secara keseluruhan adalah sebanyak 82% bagi tempoh Januari hingga Mac 2022.

“Bagi sektor dan agensi yang masih belum mencapai tahap 25% bagi suku tahun pertama, usaha perlu digandakan agar ia menepati jadual pelaksanaan seperti yang telah dirancang,” tegas beliau.

Tambah beliau, tahun 2022, KPLB telah diperuntukkan bajet pembangunan berjumlah RM7.01 bilion bagi melaksanakan 1,352 program atau projek pembangunan.

Justeru sehingga 9 Mei 2022, kata Mahdzir, prestasi perbelanjaan KPLB berjumlah RM2.23 billion (32%) adalah lebih tinggi berbanding purata nasional 28.38%.

“Selaras dengan Fasa Peralihan Endemik Covid-19, ekspektasi dan komitmen yang tinggi diharapkan kepada semua Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KPLB agar memainkan peranan masing-masing untuk memastikan setiap pelaksanaan program atau projek pembangunan adalah selari dengan perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.

Katanya lagi, program atau projek yang dekat di hati rakyat (touch-point) perlu sentiasa disusul dengan tindakan segera agar masyarakat di luar bandar dapat melihat kesungguhan KPLB menjuarai agenda pembangunan di luar bandar.  – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button