Nasional

Rosmah menangis ketika beri keterangan

DATIN Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan emosi dan menangis di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini ketika memberi keterangan.

Memetik laporan Bernama, beliau menyifatkan pendakwaan pertuduhan rasuah adalah perbuatan zalim dan kejam terhadap dirinya dan keluarga.

Ketika hadir pada perbicaraan itu Rosmah, 69, memakai baju kurung hijau dan selendang sepadan.

Beliau sebak ketika membacakan dua halaman terakhir pernyataan saksinya pada hari kedua prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Berdasarkan leporan Bernama itu, Rosmah berkata, pihak pendakwaan ‘menutup kedua-dua belah mata’ apabila wujud kesalahan dan ketidakaturan dalam proses tender Jepak Holdings Sdn. Bhd. yang didalangi Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM) ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamed serta Datuk Seri Alias Ahmad yang juga KSU KPM menggantikan Madinah.

Ketiga-tiganya adalah saksi pendakwaan (SP) dalam perbicaraan kes itu.

“Biarpun Mahdzir, Madinah, Alias, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. ketika itu, Saidi Abang Samsuddin (SP17) dan Datuk Rizal Mansor (SP21) sepatutnya diambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak pendakwaan lebih suka memanggil mereka sebagai saksi di mahkamah tanpa apa-apa pendakwaan dilakukan ke atas mereka.

“… agar mereka bersama-sama menuding jari kepada saya, iaitu seorang individu yang tidak ada jawatan dalam kerajaan dan tidak ada kuasa melulus apa-apa projek kerajaan sekalipun, demi menutup aib masing-masing yang kini telah tersingkap ke khalayak umum.

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button