Nasional

15 ADUN Melaka yang sokong PH akan menghadap Agong

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Pakatan Harapan (PH) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Semua 15 ADUN itu akan ke Istana Negara untuk mengadap Al-Sultan Abdullah dengan harapan untuk  menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Perkara itu disahkan oleh ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

“Esok kami akan menaiki bas ke Istana Negara dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak,” katanya.

Menurut beliau, cadangan menghadap itu disuarakan oleh AFUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan mereka akan bertolak ke istana esok.

Selain itu, Norhizam yang pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) bertanding atas tiket DAP meluahkan ketidakwajaran keputusan pembubaran DUN Melaka.

Katanya, ini kerana dia bersama tiga lagi ADUN dan 11 ADUN daripada PH masih belum menerima sebarang maklum balas sama ada daripada pejabat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam mahupun Istana Melaka.

Oleh itu beliau mendakwa terdapat ‘double standard’ dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal.

“Pandangan kami pengisytiharan pembubaran DUN secara tergesa-gesa semalam bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran Pusat oleh Agong.

“Di peringkat Pusat, sebelum membuat keputusan, baginda mendapatkan nasihat daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hakim dan peguam negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebelum satu keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya.

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button