Rencah Hidup

NASA temui air di bulan: Isu air Selangor jadi perhatian saintis di Amerika

BUKAN calang-calang mulut netizen Malaysia. Kalau marah, tak kira siapapun mereka akan mengadu.

Alkisahnya kini cerita masalah bekalan air di Selangor yang asyik terputus telahpun dah diketahui oleh orang luar. Bukan dekat-dekat tapi nun di New York, Amerika Syarikat sana.

Segalanya bermula dari ciapan saintis molekul, Raven Baxter yang gembira Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat menemui air di bulan.

“Air telah ditemui di bulan. Berita tergempar dari NASA!” ciap Baxter yang mempunyai 32,800 pengikut di Twitter.

Antara yang mengulang ciap dan memberi komen sudah tentulah rakyat Malaysia.

Rasa nak menangis pun ada juga bila membaca komen-komen rakyat Malaysia di Twitter tersebut yang terlalu berterus terang mengenai masalah air di Selangor.

Komen-komen rakyat Malaysia itu kemudiannya mendapat perhatian Baxter.

“Kita meraikan air ditemui di bulan tapi sebilangan besar yang mengulang ciap adalah penduduk di Selangor (Malaysia) yang berhadapa dengan gangguan bekalan air disebabkan pencemaran dari sumber. Kita langsung tidak mencapai keperluan asas di bumi,” kata Baxter.

Tapi menurut beliau Selangor bukanlah satu-satunya kawasan yang menghadapi masalah tersebut.

Malah dia sendiri mendengar isu yang sama dari banyak negara.

“Air adalah keperluan asas setiap yang bernyawa di muka bumi. Kita mesti pastikan setiap manusia mempunyai ekses terhadap keperluan ini,” tegas Baxter.

Menurut saintis itu, mana-mana pemimpin yang tidak memberi keutamaan terhadap bekalan air bersih sepatutnya berasa malu.

“Kita bergantung kepada pemimpin, tapi ini yang kita dapat daripada mereka,” kata Baxter.

Kajian terbaharu Agensi Angkasa Amerika Syarikat, NASA mendapati permukaan bulan bukan sahaja mengandungi air, malah penyelidik percaya terdapat ais di kawasan yang boleh dilihat sebagai kawah pada permukaan satelit bumi itu.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan pada hari Isnin dalam jurnal Nature Astronomy.

Kajian itu sekaligus mengesahkan teori yang dipercayai selama ini tentang kewujudan air di bulan yang mungkin pada suatu hari nanti membolehkan angkasawan untuk tinggal di sana untuk jangka masa yang lama.-SM

 

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button