Rencah Hidup

Mujur tak tercekik skru besi dalam nugget

MUJUR tak tertelan dan tercekik. Itulah yang terjadi ke atas seorang wanita yang sedang nugget goreng yang baru sahaja dipesan dari sebuah premis makanan apabila dia terkunyah objek yang dipercayai skru besi.

Pengalaman itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Izwani Abdul Malek.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi! Petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ini, order lah nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

“Subhanallah, juih keluarkannya. Dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut.

Namun ia buka lah salah pekerja kedai makan berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai pengguna media social yang rata-rata meluahkan rasa lega kerana wanita tersebut tidak tertelan skru besi.

Ada juga reaksi segelintir netizen yang mencadangkan agar terus hubungi nombor yang tertera di beg plastik nugget jenama berkenaan sebagai aduan pengguna. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button