fbpx
Politik

Najib ajak Kit Siang saksi sumpah laknat 1MDB di masjid

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menyaksikan beliau mengangkat sumpah laknat berkaitan kes 1MDB.

Menurut Najib, Ahli Parlimen Iskandar  Puteri itu boleh tunggu di luar masjid ketika beliau bersumpah.

Najib menegaskan beliau semenangnya bersedia melafazkan sumpah laknat untuk kes 1MDB.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, peguamnya memberitahu bahawa beliau sudahpun mengangkat sumpah dalam kes 1MDB.

“Sebab itu, saya masih di tengah memberi kenyataan bersumpah di Mahkamah.


“Selepas kes selesai, saya ingin mengajak Kit Siang ke masjid di mana saya akan melakukan sumpah laknat untuk 1MDB.

“Kit Siang boleh tunggu di luar masjid semasa saya bersumpah.

“Selepas itu, saya nak belanja Kit Siang minum kopi supaya saya boleh tanya soalan-soalan dalam debat yang Kit Siang lari diri awal tahun ini,”

kata Najib.

Veteran DAP itu hari ini mencabar Najib untuk melafazkan sumpah laknat berkaitan kes 1MDB selepas Najib mengumumkan akan melakukan sumpah laknat berkaitan tuduhan beliau membunuh wanita Mongolia, Altantuya Altantuya Shaariibuu.

Menurut Najib beliau bersetuju jika pembunuhan Altantuya disiasat semula oleh pihak polis.

Dan kerana itu, menurut Najib beliau telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri tentang kes pembunuhan Altantuya tahun lepas.

“Peguam saya juga telah memberitahu media dua hari yang lepas bahawa kita bersetuju.

“Adakah Kit Siang juga berjanji bahawa kes banglo dan kes terowong disiasat semula memandangkan kertas siasatan kes terowong telah terbongkar di mana pemilik konsesi projek mengaku pernah memberi wang kepada DAP dan menawarkan kepentingan 10 peratus dalam projek terowong itu?” tanya Najib.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button