Politik

Tindakan parti menunggang nama Melayu sangat melucukan – ADUN DAP

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sheikh Omar Ali menyifatkan tindakan parti yang menunggang nama Melayu sebagai melucukan.

Sheikh Omar yang merupakan ADUN Paloh berkata, nama DAP akan dijadikan tempat sasaran kemarahan setiap kali berlaku pergaduhan berlaku dalam Perikatan Nasional.

Beliau berkata, tindakan parti berkenaan yang mengaitkan nama DAP setiap kali konflik berlaku dalam PN memberi  gambaran bahawa parti terbabit mahu menutup kelemahan masing-masing.

“Tindakan parti yang menunggang nama Melayu ini sangat melucukan. Selepas langkah Sheraton, parti DAP sudah bukan lagi sebahagian dari kerajaan. Tetapi tiap kali berlaku pergaduhan antara parti-parti Perikatan Nasional ini, setiap kali itu jugalah nama DAP diperalatkan.

“Ini gambaran bahawa mereka sangat lemah. Kononnya hebat, tetapi terpaksa bersandar pada DAP untuk dijadikan ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman. Apatah lagi dalam keadaan kerajaan yang ditadbir tanpa majoriti ini,” kata Sheikh Omar.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Bahagian Ketereh Tan Seri Annuar Musa yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina Sinchew Dailu semalam.

Dalam laporan itu Annuar berkata, terdapat tiga sebab mengapa UMNO perlu menolak parti DAP.

“Saya meneliti kenyataan Annuar Musa berkaitan 3 sebab mengapa UMNO perlu tolak DAP seperti yang dilaporkan muka hadapan Sinchew Daily edisi malam semalam(17 Januari 2021).

“Antara intipatinya, jika UMNO berkerjasama dengan DAP, UMNO akan kalah semua kerusi dalam PRU15.

“Turut sependapat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggunakan alasan sama lantas mencetuskan Langkah Sheraton setahun yang lalu,” kata Sheikh Omar.

Sheikh Omar yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Pas Johor berkata, DAP tidak mempunyai masa untuk mencari kesalahan mana-mana pihak hanya bagi menutup kelemahan sendiri.

Ketika ini semua pemimpin dan petugas akar umbi DAP ketika ini sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat yang berhadapan dengan masalah bencana banjir dan Covid-19.

“Semua pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat pada masa kritikal ini. Rakyat terpaksa berhadapan dengan banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.

“Fokus DAP ketika ini ialah untuk istiqamah membantu rakyat dan membantu golongan kurang bernasib baik. Bukan mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan, bagi menutup kelemahan diri sendiri,” tegas Sheikh Omar.-SM

 

 

 

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button