fbpx
Politik

Khairy berbasikal ke PRK DUN Slim

MENTERI Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin berbasikal ke Slim River untuk membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slin.

Melalui hantaran di twitternya, Khairy menaikkan gambar beliau bersama beberapa orang yang berkayuh ke Slim River melalui jalan lama Kuala Lumpur-Ipoh.

Ketika tiba di Tanjung Malim, beliau terserempak dan menyapa calon bebas untuk PRK itu, Prof. Santhara di restoran ikonik Yik Mun.

Tanjung Malim selepas berkayuh basikal dari KL. Petang nanti mula jadual kempen.

Berdasarkan jadual, di Slim Khairy ada program makan tengah hari bersama jentera BN di PRK tersebut diikuti dengan Ziarah Kasih Bersama YB KJ.


PRK Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

BN mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Abdul Aziz, 43, sebagai calon.

Beliau dicabar dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan Profesor S. Santharasekaran, 44.

PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datukn Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button