Luar Negara

Pernah Gagal Misi Ke Angkasa Pada Tahun 2010, Kini Korea Selatan Lancarkan Roket Sendiri!

KOREA Selatan telah melancarkan roket buatan sendiri ke orbit yang merupakan kemajuan utama dalam perancangan penerokaan angkasa negara itu di Goheung, semalam.

Roket KSLV-II yang memaparkan bendera Korea Selatan telah dilancarkan dari Pusat Angkasa Naro dan memasuki orbit antara 600 hingga 800 kilometer dengan membawa muatan seberat 1.5 tan.

Roket Nuri yang bermaksud dunia telah dibangunkan sejak sedekad lalu dengan kos perbelanjaan sebanyak dua trillion won iaitu RM6.7 trillion.

Roket tersebut seberat 200 tan dengan panjang 47.2 meter dan digerakkan dengan enam enjin.

Sebelum ini, Korea Selatan pernah melancarkan misi ke angkasa lepas pada 2009 dan 2010 dengan bantuan Russia tetapi gagal.

Seoul menzahirkan harapan agar program angkasa lepas terbaharu ini membuka jalan kepada pelaburan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak berkaitan termasuk Elon Musk dari SpaceX.

Korea Selatan akan menjadi negara ke-12 yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia, terutamanya dalam sektor teknologi termasuk telefon pintar.

Namun, negara itu sedikit ketinggalan dalam sektor penghasilan kapal angkasa lepas berbanding negara Asia lain seperti China, Jepun dan India.  – SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button