Luar Negara

Delegasi Rusia tiba di Belarus untuk rundingan damai dengan Ukraine

DELEGASI  Rusia tiba di bandar Gomel, Belarus untuk mengadakan rundingan damai dengan Ukraine, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

Menurut laporan Agensi Anadolu hari ini, Peskov bercakap kepada pemberita di Moscow, delegasi itu termasuk wakil pentadbiran presiden, kementerian luar dan pertahanan.

Beliau berkata, selaras dengan persetujuan yang dicapai, delegasi Rusia terdiri dari wakil Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan jabatan lain termasuk pentadbiran presiden, tiba di Belarus untuk berunding dengan rakyat Ukraine.

“Kami akan bersedia untuk memulakan rundingan ini di Gomel,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, beliau akan bersetuju untuk mengadakan rundingan di Belarus jika negara itu “tidak terlibat dengan pertelingkahan itu.”

Zelenskyy berkata, rundingan itu juga boleh diadakan di tempat lain seperti di Warsaw, Budapest, Istanbul atau Baku. – SM

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button