Luar Negara

109 orang doktor meninggal dunia akibat Covid-19 di Indonesia

JANGKITAN wabak Covid-19 semakin membimbangkan di Indonesia yang mencatatkan 3,737 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini 210,940 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi kerajaan Indonesia  COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 88 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 8,544 orang.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 51,635 kes, dengan tambahan 964 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan pada Rabu lepas mengumumkan penjarakan fizikal akan dikuatkuasakan kembali bermula 14 September ini, dengan membatalkan aktiviti sosio ekonomi sebelum ini.

Jakarta menguatkuasakan penjarakan fizikal bermula 31 Mac lepas, sebelum membenarkan beberapa aktiviti sosio ekonomi kembali beroperasi menerusi fasa transisi pada 5 Jun 2020.


Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Jakarta, sebanyak 67 hospital di Jakarta kini ditahap lebih 70 peratus penggunaan peralatan, katil serta kemudahan perubatan, dan akan mencapai tahap maksima kapasitinya pada 17 Sept ini, sekiranya trend kes positif baharu di Jakarta yang secara puratanya hampir 1,000 kes setiap hari sejak akhir Ogos lepas, berterusan berlaku.

Sementara itu provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi di Indonesia iaitu 2,717 orang, dengan 26 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu Ikatan Doktor Indonesia (IDI) dalam satu kenyataan menyatakan, seramai 109 doktor di Indonesia telah terkorban akibat COVID-19.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian doktor tertinggi akibat pandemik itu iaitu seramai 29 orang, diikuti Sumatera Utara (20 orang), Jakarta (13) dan selebihnya di beberapa wilayah lain di Indonesia.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button