Politik

Tarikh PRN Johor Diumum Namun Ini Jangkaan Yang Berlaku Pada Hari Sabtu!

Rata-rata kumpulan Whatsapp mesti kecoh dan ada orang sedang cuba jadi yang dialah orang pertama kononnya dapat tarikh-tarikh penting berkait dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Meneliti tarikh-tarikh PRN Johor, 26 Februari akan bermula dengan penamaan calon, jatuh pada hari Sabtu.

Tarikh mengundi awal pula adalah 8 Mac, jatuh pada hari Selasa dan tarikh kemuncak untuk seluruh bangsa Johor turun mengundi adalah 12 Mac, jatuh pada hari Sabtu.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa PRN Johor juga dibuat pada hari Sabtu sama seperti Melaka tempoh hari?

Jawapannya adalah kerana calon-calon setiap parti politik berdoa semua bangsa Johor yang berada di luar kawasan, baliklah semata-mata untuk mengundi.

Abaikan percutian bersama keluarga kerana kes Covid-19 baru lebih 10,000 kes terbaharu sahaja, belum cecah 30,000 kes lagi dan mengundi adalah harus.

Maka apa lagi alasan untuk warga Johor yang berada di luar kawasan, takkan tak reti-reti nak balik mengundi?

Mereka sudah buat hari Sabtu, hari Ahad masih sempat untuk berjalan-jalan. Apa lagi alasan?

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button