Politik

Muqharabbin saran peserta unjuk rasa dikerah sebagai sukarelawan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran menawarkan penganjur serta peserta ‘Himpunan Keluar dan Lawan’ di ibu negara pada Sabtu lalu menjadi sukarelawan Covid-19 sebagai denda atau hukuman ke atas mereka.

Ikon Sukan lasak negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata denda dihantar selama dua bulan sebagai sukarelawan barisan hadapan samada di pusat kuarantin pesakit Covid-19, bilik mayat di hospital-hospital dan sebagai penggali kubur bagi pengebumian pesakit covid adalah lebih relevan.

“Saya melihat ini antara cara atau denda yang paling sesuai kepada peserta himpunan berkenaan berbanding kompaun atau penjara,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, peserta ini masih muda dan beliau sedih kerana terpengaruh kepada ahli-ahli politik yang menjadi tulang belakang kepada gerakan himpunan itu semalam.

“Saya memohon mereka supaya sedar dengan tindakan yang sia-sia itu. Pada masa yang sama, ia tidak memberikan sebarang impak positif kepada pemulihan ekonomi negara atau membawa suara rakyat, sebaliknya lebih kepada menjadi kluster Covid-19 yang baru.

“Saya risau mereka akan membawa balik penyakit Varian Delta dan lainnya yang disifatkan antara yang paling pantas merebak,” katanya.

Muhamad Muqharabbin menjelaskan apa yang ingin disuarakan peserta itu salah atau sebaliknya, malah meminta biarlah kerajaan berjaya mencapai komuniti vaksin kelompok di Malaysia.

“Kalau kita tidak suka pada kerajaan sekarang sekalipun, tapi simpatilah kepada barisan hadapan yang bermati-matian menyelamatkan nyawa kita dan keluarga.

“Harapan saya, anak muda dapat menterjemahkan undi mereka semasa PRU 15 nanti. Bagaimanapun, jangan lupa akan sejarah hitam sepanjang Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan, di mana janji-janji mereka gagal ditepati,” katanya.

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button