Politik

Kemenangan bukti rakyat yakin pada BN, dasar PN – Muhyiddin

KEMENANGAN calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim membuktikan rakyat yakin kepada BN.

Kemenangan Mohd. Zaidi Aziz dengan majoriti besar iaitu 10,945 undi juga membuktikan bahawa rakyat yakin terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikanan Nasional.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, kejayaan BN merampas semula kerusi DUN Slim turut membuktikan kesepakatan parti Bersatu, UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional.

Parti-parti tersebut kata Muhyiddin, mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional Mohd. Zaidi Aziz yang telah memenangi PRK DUN Slim dengan majoriti yang besar.

“Saya berharap YB Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang.

“Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya yang membantu kemenangan calon BN,” kata Muhyiddin.

Pada pertandingan tiga penjuru semalam, Mohd Zaidi menang bergaya selepas meraih 13,060 undi menewaskan calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan S Santharasekaran yang memperoleh 276 undi.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang, selepas mengadu kesukaran bernafas.-SM

 

 

 

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button