fbpx
Politik

TYT Sabah warta pembubaran DUN

TUAN Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sudah mewartakan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Warta tersebut dikeluarkan hari ini yang memaklumkan, Tun Juhar membubarkan DUN Sabah mengikut Fasal (2) Perkara 21 Perlembahaan Negeri Sabah.

Fasal tersebut memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Maka oleh yang demikian saya Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin Seri Maharaja Mangku Negera Seri Panglima Darjah Kinabalu, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, Panglima Jasa Negara, Ahli Setia Darjah Kinabalu, Jaksa Pendamai, Hon Ph.D United Kingdom, Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya di bawah Fasal (2) Perkara 21 Perlembahaan Negeri Sabah dengan ini mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah yang kelima belas hendaklah dibubarkan pada 30 haribulan Julai 2020.


“Diisytiharkan dengan tandatangan saya dan Mohor Besar Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada hari ini 30 haribulan Julai 2020.”-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button