Nasional

Batal keahlian jika bertanding atas tiket parti lain, bebas

SESIAPA sahaja pemimpin atau ahli parti yang bertanding di atas tiket parti lain atau calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 akan dibatalkan keahlian dalam parti serta merta.

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah, Datuk Loretto Padua berkata, tindakan demikian seperti melanggar Perlembagaan Parti iaitu Fasal 7(3) 3.4.

“Keahlian terhenti secara serta merta apabila seseorang ahli itu bertanding dalam Pilihanraya menentang Calon parti dan/atau tanpa kebenaran parti.

“Perkara sama juga terjadi kepada Ketua Bahagian Keningau, Datuk Jake Nointin yang bertanding di kawasan Dun Liwan di atas tiket calon bebas dan menentang calon warisan,” katanya.

Menurut Loretto, keahlian Jake dalam dalam Warisan terbatal serta merta sejurus selepas pencalonannya sebagai calon bebas disahkan.

Jelasnya, satu perbincangan telah dilakukan bersama presiden parti dan Timbalan Ketua Bahagian Keningau, Basal Datuk Bullah telah dilantik sebagai pemangku Ketua Bahagian Keningau.

Nointin akan berdepan calon Warisan Rasinin Koutis, selain calon Perikatan Nasional (PN) dan PBS dalam persaingan 7 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Nointin merupakan calon Warisan yang tewas di kerusi Parlimen Keningau di tangan Presiden STAR Jeffrey Kitingan pada pilihan raya umum lepas. -SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button