HiburanUncategorized

Malaysia berjaya rangkul anugerah filem terbaik di AIIFA 2023

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 sampai di kemuncaknya, Malaysia berjaya rangkul 5 anugerah dari pelbagai ketegori kelmarin yang berlangsung di Pullman Hotel, Kuching.

Barisan juri buat AIFFA 2023 adalah U-Wei Saari dan Effendee Mazlan dari Malaysia, Ihsan Nurullah Kabil (Turkiye), Viva Westi (Indonesia) dan Pham Thi Hong An (Vietnam).

Antara anugerah yang diterima oleh Malaysia, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembantu terbaik, filem terbaik dan skrip terbaik.

Pelakon Lelaki Terbaik menerusi keberkesanan lakonan dalam filem Perjalanan Pertama, digondol oleh Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Datuk Ahmad Tarmimi Siregar berjaya sebagai pelakon terbaik di AIIFA

Tampil kali pertama dalam naskhah kerjasama dua negara Malaysia-Indonesia membabitkan syarikat produksi tempatan, D Ayu Pictures dan Mahakarya Pictures, Ahmad Tarmimi diberi kepercayaan membawa watak Tan iaitu datuk kepada Yahya yang dilakonkan pelakon kanak-kanak Indonesia, Muzakki Ramdhan dalam filem arahan Arief Malinmudo itu.

Bagi anugerah seterusnya, Hasnul Rahmat berjaya menewaskan calon lain dalam kategoi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Filem Barbarian Invasion arahan Tan Chui Mui berjaya mengondol dua anugerah Filem terbaik dan skrip terbaik sekali gus melakar sejarah pada tahun ini.

 

Dalam masa yang sama AIFFA turut memberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Saari.

Semasa beliau menerima anugerah tersebut di pentas sempat berkongsi kata-kata untuk semua penonton.

‘Hidup ini sementara, tetapi filem untuk selamanya’

Selain itu, filem bergenre aksi yang menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho terbitan Kalamarif Holdings Sdn Bhd dan diarahkan oleh Sabri Yunus merangkul trofi Anugerah Semangat Asean Spirit.

Anugerah AIFFA 2023 menyaksikan 17 kategori dipertandingkan meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal penghasilan filem.

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button