HiburanLuar Negara

Shawn Mendes Batalkan Konsert Wonder Gara-Gara Kesihatan Mental

Penyanyi terkenal kelahiran Kanada, Shawn Mendes, difahamkan mengambil keputusan untuk membatalkan konsert Wonder: The World Tour yang sepatutnya berlangsung di Amerika Utara serta Eropah.

Hal ini demikian kerana penyanyi berusia 23 tahun tersebut mendakwa dirinya memerlukan masa untuk dapatkan lebih rehat bagi memulihkan semula kesihatan mentalnya yang terjejas.

Melalui hantaran dalam laman media sosialnya, Shawn memberitahu bahawa keputusan untuk menangguhkan konsert tersebut dibuat selepas berbincang bersama pasukannya.

“Setelah berbincang dengan pasukan dan doktor peribadi, saya memerlukan masa untuk bersedirian dan berharap saya akan kembali kuat dan tetap teruskan perjalanan,”

“Sayangnya, saya harus menangguhkan jadual persembahan di Amerika Utara dan dan Eropah,” ujarnya.

Pelantun lagu If I Can’t Have You itu menegaskan bahawa apa-apa yang berlaku sekali pun, dirinya akan lebih mengutamakan kesihatan terlebih dahulu.

“Kami berharap dapat menyelesaikan konsert jelajah ini setelah saya benar-benar kembali daripada istirehat. Keputusan yang dibuat ketika ini bukanlah bermaksud saya berhenti daripada dunia muzik.

“Cuma buat masa ini, saya perlu utamakan kesihatan dan saya juga tidak sabar untuk kembali berjumpa para peminat pada masa akan datang,” ujarnya.

Semoga kesihatan Shawn Mendes kembali pulih seperti sedia kala dan kepada para peminat, sama-sama doakan agar beliau dapat kembali bersama satu persembahan yang mantap!

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button