Hiburan

Busuknya hati awak..

PEMERGIAN arwah Sandra Dianne yang juga seorang penyanyi dan peserta program Big Stage yang sedang disiarkan di kaca televisyen memang mengundang emosi sedih ramai orang.

Bukan sahaja rakan artis yang sama-sama bertanding dengannya dalam program tersebut, peminat dan pengikut industri muzik tempatan turut merasakan kehilangan penyanyi lagu Hey! Kau itu.

Namun, disebalik emosi kesedihan yang dihadapi khususnya keluarga buat keluarga arwah, terdapat satu pengguna akaun Facebook yang dilihat cuba mempertikaikan kematian arwah Sandra.

Pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Fatin Syahirah itu dipercayai menggunakan nama akaun palsu dengan mengeluarkan kenyataan yang berniat jahat terhadap arwah.

Bukan sahaja mengeluarkan kenyataan jahat di akaun Facebook tersebut, pemiliknya juga sanggup meninggalkan komen jahat itu di ruangan komen media arus perdana yang mengeluarkan kisah arwah di laman sosial.

Suara Merdeka juga mendapati pemilik akaun tersebut sebelum ini yang menggunakan gambar seorang wanita bertudung juga merupakan gambar palsu.

Ruangan komen akaun palsu itu juga dihujani dengan pelbagai kecaman yang menyifatkan pemiliknya sebagai seorang yang berhati hitam dan tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Setakat ini, ruangan komen di satu daripada status akaun tersebut telah mencecah angka seribu dan kesemua komen yang ditinggalkan berbaur kemarahan terhada pemilik akaun itu.

Mengimbas kembali pemergian arwah Sandra, wanita itu terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan untuk melakukan raptai di Putrajaya.

Ekoran kemalangan tersebut, arwah telah berada dalam keadaan koma selama lima hari sebelum meninggal dunia pada semalam.

Disifatkan sebagai seorang penyanyi dengan vokal yang hebat, ramai rakan-rakan artis seperti Zizi Kirana, Benzoloo, Usop dan ramai lagi amat terasa dengan kehilangan arwah.

Arwah Sandra telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah kira-kira pukul 6 petang semalam. -SM

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button