Hiburan

Gambar burger: Ya Allah ramainya salah anggap – Neelofa

Selebriti dan usahawan yang menjadi tumpuan ramai hari ini hingga trending di Twitter tidak sangka gambar burger yang dikongsi di Instastorynya menjadi perhatian.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor banyak pihak yang salah sanggap anggap dan bersangka tidak baik terhadap gambar yang dikongsinya itu.

Neelofa berkata, dia berkongsi gambar tersebut selepas meminta peguamnya menghubungi penjual burger di Kelantan yang dikompaun sebanyak RM50,000.

Pihaknya juga telah menghubungi polis untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai kompaun yang dikenakan terhadap peniaga tersebut. Menurut Neelofa dia mahu membantu peniaga berkenaan membayar denda tersebut.

“Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik… before i posted the photo, my lawyer has contacted abg burger tu adn we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantuk selesaikan bayarannya dengan izin Allah,” kata Neelofa.


Neelofa berkongsi gambar burger tersebut tidak sampai beberapa jam selepas menerima keputusan harus membayar kompaun bernilai RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Dalam entri tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menulis kapsyen mahu menikmati burger semasa moreh malam nanti.

“Moreh burger malam ni meh,” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji ‘ketawa’.

Bagaimanapun hantaran itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang mendakwa Neelofa ‘menyindir’ seorang pengusaha burger di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000..

(Visited 162 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button