fbpx
Politik

Mujahid tahu perbincangan WhatApp kakitangan yang mahu sabotaj kementerian

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf mendedahkan beliau mengetahui setiap butir perbualan dalam kumpulan WhatApp yang diwujudkan oleh pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi bawahnya.

Menurut Mujahid, beliau juga memperoleh tangkap layar mengenai ‘perbincangan’ kakitangan yang menentang dasar kementerian.

Justeru beliau memberi amaran kepada kakitangan terbabit untuk ‘tengok dahulu’ siapa dalam kumpulan WhatApp tersebut sebelum mengeluarkan sebarang pendapat dan pandangan.

“Jangan ingat saya tidak tahu apa yang anda bincangkan sesama anda dalam aplikasi WhatApp. Saya tahu semuanya, saya terima tangkap layar mengenai ‘perbincangan’ anda menentang dasar kementerian.

“Lain kali, sebelum berbincang, kena tengok dulu siapa dalam kumpulan WhatApps itu,” kata Mujahid kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Tahun 2020 dan majlis penyerahan surat pelantikan dan serah terima tugas Ketua Pengarah Jakim di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya hari ini.


Dr. Mujahid berkata demikian untuk memberi amaran kepada kakitangan di bawahnya agar tidak sabotaj dasar yang diperkenalkan beliau dan kementerian.

Menurut Mujahid, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika ada yang menggunakan kedudukan, mempertikaikan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan (PH).-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button