Politik

Tak dapat bubar, Bersatu cuba lemahkan UMNO – Mohd. Puad

NAMPAKNYA kepimpinan UMNO terutama dalam kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) parti itu masih ada yang memainkan sentimen dendamnya.

Dendamnya pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti tidak dapat dibendung lagi apabila mendakwa UMNO cuba dilemahkan selepas gagal dibubarkan.

Ini kerana, terdapat dakwaan mengatakan Bersatu cuba memujuk ketua-ketua bahagian UMNO peringkat akar umbi untuk menyertainya.

“Sebenarnya UMNO sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang.

“Sekarang ini mereka tidak boleh haramkan UMNO melalui perundangan, tetapi melayan UMNO dengan cara melemahkan…dan akhirnya kuburkan UMNO.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam masa sama, beliau juga mendakwa penolakan UMNO terhadap Bersatu bukan lagi rahsia apabila terdapat 145 daripada 191 bahagian menolah kerjasama dengan Bersatu.

“Kenapa tidak dipujuk ketua PAS, PKR, dan Amanah? Semasa orang PPBM jadi menteri besar, mereka gunakan jawatan ketua kampung sebagai tawar menawar tubuh cawangan baharu.

“Sekarang guna perdana menteri untuk mendesak UMNO memberikan kuota 60-40 untuk lantik ketua kampung dan ahli majlis,” katanya.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Puad itu dilihat sememangnya bertentangan dengan pendirian yang pernah dibuat kepimpinan UMNO sebelum ini.

Ini termasuklah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan partinya akan terus menyokong Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Malah, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini turut menjelaskan bagaimana kerjsama antara UMNO, Pas dan Bersatu.

Ia termasuklah kerjsama ketika menghadapi PRU-15 apabila Parlimen dibubarkan.

Namun, sehingga kini kerjasama tersebut masih belum dimuktamadkan dan UMNO, Pas dan Bersatu juga dilihat masih menyatakan pendirian masing-masing untuk menentukan kerusi yang akan dditandingi. – SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button