Politik

Melayu (PAN) mudah lupa – Najib

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bekas Menteri dari Pakatan Harapan yang mewakili Parti Amanah Nasional (PAN) mudah lupa apabila mempersoalkan Pedana Menteri kenapa luluskan himpunan Tabligh.

Sedangkan pada 12 Februari, ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media hariannya, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad yang ketika itu Menteri Kesihatan berkata, belum ada keperluan untuk menunda akitiviti melibatkan orang ramai  atau menutup sekolah seperti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

Namun, semalam bekas Menteri Kesihatan itu mempersoalkan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam negeri ketika zaman Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kenapa pihak polis pada 13 Februari meluluskan perhimpunan Tabligh.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Pekan itu meminta Dr. Dzulkefly menjawab persaoalan itu,

Dalam hantarannya di Facebook hari ini Najib berkata: “Kita biar Dr Dzul jawab Dr Dzul.

“SOALAN:  Pada 18 April 2020, Dr Dzul tanya PM ke-8 yang juga bekas Menteri KDN kenapa pihak polis pada 13 Feb 2020 luluskan perhimpunan Tabligh.

“Tanya KDN kenapa lulus himpunan tabligh, Dzulkefly balas kenyataan menteri kesihatan” (BACA SINI)

“JAWAPAN: Pada 12 Feb 2020 (sehari sebelum pihak polis luluskan perhimpunan Tabligh), Dr Dzul jawab:

“Tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).”

“Ya, PH lawan saranan WHO dan memandang rendah amaran WHO. Baca sendiri.

“Melayu (PAN) mudah lupa.”

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button