GajetUlasan

Bateri Tablet E-Ink keluaran Xiaomi mampu bertahan 6 minggu

PERANTI dengan skrin E-Ink amat serasi digunakan sebagai pembaca e-buku kerana hanya memerlukan kuasa elektrik apabila kandungan ingin ditukar.

Baru-baru ini semakin banyak pula Tablet E-Ink mula ditawarkan kepada pengguna. Di China, Xiaomi Duokan Electronic Paper Book Pro II baru sahaja dilancarkan dengan bateri mampu bertahan selama enam minggu.

Skrin E-Ink sebesar 7.8″ beresolusi 1872x1404pixel ini menyokong 24 tahap keterangan skrin, dijana oleh cip empat teras K3566, memori sebesar 2GB RAM, storan 32GB dan bateri pula sebesar 3,200mAh.

Peranti ini boleh membaca pelbagai format teks seperti EPUB, PDF, TXT, EXCEL, PPT dan banyak lagi. Di China Xiaomi Duokan Electronic Paper Book Pro II dijual pada harga RMB 1,299 (RM 861) sebuah. – SM

Sumber: Xiaomi


(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button