fbpx
Nasional

Muhyiddin berdepan kemarahan rakyat, penularan wabak dan bakal kehilangan kerajaan

TAN Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak akan mengadakan perutusan atau mengeluarkan kenyataan malam ini.

Pihak media dimaklumkan tiada kenyataan dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Yang di-Pertuan Agong, di Kuantan Pahang.

Sebelum ini kecoh Muhyiddin dikatakan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat berikutan situasi penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun ahli politik pembangkang dan netizen membantah cadangan tersebut dan menyifatkan sebagai langkah bagi Muhyiddin menyelamatkan kerajaannya daripada undi tidak percaya.

Muhyiddin perlu membentang belanjawan pada 6 November dan memerlukan sokongan Dewan Rakyat untuk kelulusan.


Jika gagal mendapat sokongan majoriti dan Muhyiddin berdepan undi tidak percaya ia meletakkan risiko kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Kerajaan PN mulai goyah apabila UMNO mulai berang dengan sikap pemimpin Bersatu yang juga komponen PN yang sering menekan pemimpin UMNO.

Bahkan semasa pilihan raya negeri Sabah, Bersatu dikatakan meletakkan begitu ramai calon bebas bagi melemahkan calon UMNO.

Kemuncak kepada kemarahan itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan tidak akan menghalang mana-mana pemimpin UMNO yang mahu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai sokongan cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Jika itu berlaku kerajaan PN menjadi kerajaan paling singkat selepas menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang setelah peletakkan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Bersatu keluar dari PH.

Rakyat yang marah dengan penularan Covid-19 menjadi tidak terkawal dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan PN kerana tamakkan kuasa hingga memaksa Datuk Seri Shafie Apdal membubarkan dewan undangan negeri untuk pilihan raya negeri.

Pilihan raya negeri itu dikatakan menjadi punca Covid-19 tular hingga tidak boleh dikawal termasuk di Semenanjung Malaysia, walaupun ia dinafikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Kini Muhyiddin perlu berdepan dengan penularan wabak, kemarahan rakyat dan bakal kehilangan kerajaan. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button