Politik

Penganjur lawatan Muhyiddin, Najib di Melaka kena kompaun RM20,000, RM4,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan kompaun berjumlah RM20,000 kepada penganjur melibatkan kehadiran Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Melaka.

Turut dikenakan kompau penganjur melibatkan kehadiran Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM4,000 di negeri yang bakal melangsungkan pilihan raya bulan ini.

Kedua-dua kompaun tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program pemimpin utama parti masing-masing.

KKM dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, tiada aktiviti berbentuk perhimpunan berkaitan pilihan raya sepanjang tempoh lawatan kedua-dua pemimpin politik yang berpengaruh itu.

Hasil siasatan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mendapati bahawa kedua-dua mereka lawatan kedua-dua mereka di Melaka lebih berbentuk walkabout.

“Namun begitu, berdasarkan pemantauan dan siasatan yang dijalankan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], satu kompaun bernilai RM20,000.00 telah ditawarkan kepada Perikatan Nasional Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang melibatkan kehadiran YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tawaran kompaun tersebut telah dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021].

“Manakala satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000.00 telah dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri oleh YB Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

KKM dan JKN Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia akan terus memantau pematuhan SOP khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Ia sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan jangkitan COVID-19.

“Pihak KKM tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar mana-mana SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“KKM menasihati agar semua lapisan masyarakat terus patuh kepada SOP dan menjalankan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia,” katanya.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button