Alam SekitarNasional

32 termasuk kanak-kanak terperangkap fenomena kepala air

Kejadian di Lata ulu Kasar, Sungai Tong, Setiu

AMARAN cuara buruk telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk makluman orang ramai agar berhati-hati apabila merancang untuk bercuti terutamanya di air terjun dan sungai.

Bagaimanapun 32 individu termasuk 13 kanak-kanak tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong di Setiu, Terengganu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Afandi Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, fenomena kepala air melanda tempat orang ramai beriadah, mandi manda dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta turut terperangkap.

Ketika pasukan penyelamat tiba di kawasan rekreasi berkenaan sekitar pukul 6.30 petang, didapati tempat kejadian tidak dapat dimasuki akibat arus deras.

“Kejadian berpunca daripada kepala air dari bahagian hulu Sungai Ulu Kasar akibat hujan lebat menyebabkan mangsa dan kenderaan terperangkap.

“Mangsa terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa serta 13 kanak-kanak.

“Mereka bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Masjid Merbau Menyusut Sungai Tong pada pukul 8.40 malam tadi oleh pihak polis, bomba serta orang awam untuk proses dokumentasi.

“Tiada mangsa yang hilang atau lemas dalam kejadian kepala air itu,” ujarnya.

Afandi berkata, pihaknya turut menasihati semua mangsa terlibat untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button