Nasional

Kerajaan lihat kemungkinan buka semula taska, tadika

PEMBUKAAN semula pusat asuhan dan didikan kanak-kanak berada dalam perbincangan memandangkan terdapat keluhan berkenaan perniagaan itu yang menanggung kerugian.

Malah, sebelum ini juga terdapat beberapa pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana pusat asuhan yang kerugian hingga memaksa pemilik menutup perniagaan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembukaan semula taska itu akan dilihat daripada pelbagai aspek terutamanya melibatkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

“Kita tidak mahu apabila kita beri kebenaran untuk buka, ia akan memberi risiko kepada kanak-kanak itu nanti.

“Saya faham, jika ia terus ditutup bagaimana pusat ini mahu menjalankan perniagaan dan kerana itu Kementerian Kesihatan sedang membuat penilaian risiko mengenai perkara ini, khususnya berkaitan risiko pada kanak-kanak,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan arahan semua institusi pendidikan termasuk pusat asuhan kanak-kanak ditutup termasuk di kawasan yang diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) bagi mengekang penularan COVID-19. -SM

(Visited 763 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button