NasionalNegeriPolitik

Ismail Sabri Dan Menteri UMNO Yang Tak Sehaluan Dengan Presiden Mula Diserang?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri UMNO lain yang tidak meletakkan jawatan adalah disebabkan kepentingan negara dan rakyat yang perlu dijaga ketika ini.

Ujar penganalisis politik dan pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub kepada Utusan TV, Ismail Sabri dan menteri UMNO yang lain ada pendirian yang jelas.

“Mereka semua sangat menghormati keputusan dicapai dalam PAU lebih-lebih lagi pada ketika rakyat sedang susah ekoran penularan COVID-19.

“Namun demikian tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula disifatkan membelakangi keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

“Padahal keputusan PAU 2020 adalah memberi peluang untuk parti itu bersama PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi satu temubual bersama Utusan TV.

Melihat pendirian Ahmad Zahid, Ismail Sabri serta beberapa menteri UMNO yang tidak sehaluan dengan presiden mula diserang dengan pelbagai kritikan.

Salah satu sebabnya, mereka ini menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam masa sama, Ismail Sabri serta beberapa menteri UMNO tersebut digesa untuk letak jawatan kerana tidak layak berjuang dengan membawa nama UMNO selain disifatkan tidak setia kepada presiden.

Merujuk kepada komen awam dalam kalangan ahli UMNO serta penganalisis politik semasa yang lain, mereka berpendapat Ahmad Zahid yang sepatutnya berundur dan letak jawatan.

Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berpendapat, ramai menteri-menteri UMNO memegang jawatan kritikal dalam kerajaan.

“Contoh Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba serta Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin.

“Mereka tidak meletakkan jawatan kerana mereka setiap hari berhadapan dengan impak COVID-19 dan sedar betapa penting untuk meredakan lekuk jangkitan itu,” jelasnya.

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button