Agama

Muhasabah diri, banyakkan istighfar dan hiasi dengan takbir, tahmid serta tahlil – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak seluruh rakyat, agar sama-sama menggunakan kesempatan Aidilfitri pada kali ini untuk bermuhasabah diri, memperbanyakkan istighfar serta menghiasinya dengan takbir, tahmid dan tahlil sebagai perlambangan kesyukuran atas limpah kurnia dan rahmat Allah Azza Wajalla kepada kita semua.

Baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H’ dan “Taqabbalallahu minna wa minkum” kepada semua.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis ‘Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1443 Hijrah / 2022 Masehi yang diadakan di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pada malam semalam.

Sesi dimulakan dengan Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilal Syawal disampaikan oleh Pengarah JUPEM Negeri Perlis disusuli dengan Rukyah Hilal Syawal di mulakan pada jam 7.20 malam. Matahari Terbenam, Waktu Maghrib, Hilal Syawal Terbenam adalah pada jam 7.28.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah seterusnya berkenan menyaksikan majlis Menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1443H/2022M Negeri Perlis di lokasi yang sama.


Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mengajak agar semua sentiasa bersatu hati dalam memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dengan tidak leka dan terus amalkan kawalan kendiri.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button