Agama

TM bayar zakat kepada MAIPs

Telekom Malaysia (TM) Berhad menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaannya bagi tahun 2019 berjumlah RM211,062 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Timbalan Pengurus Pejabat Pengurusan Telekom Perlis/Kedah, Haji Mohd Shahfari Ahmad yang kini menjalankan fungsi-fungsi Pengurus mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Muhammadi, Jejawi Sungai Adam dekat Kangar.

Hadir sama bagi menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Di akhir majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan pengagihan sebanyak 500 pek juadah berbuka puasa sumbangan pihak TM Berhad yang diedarkan melalui 20 amil kariah dari seluruh negeri Perlis meliputi zon utara, selatan, timur, barat dan juga tengah kepada golongan asnaf terpilih di kawasan masing-masing.

Turut diadakan sempena program tersebut ialah penyampaian sumbangan bantuan zakat MAIPs oleh Tuanku Raja Muda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan berupa wang tunai, beras fidyah dan bahan makanan selain sumbangan makanan mentah tambahan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Perlindungan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) dan juga Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan.

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button