AgamaNasional

Festival Bon Odori: Jangan terburu-buru sekat

DALAM sehari dua ini, khalayak masih memperkatakan tentang Festival Bon Odori yang diraikan oleh rakyat Jepun.

Reaksi pro dan kontra, positif dan negatif dilontarkan oleh masyarakat negara ini tentang festival itu yang lebih bersifat kerohanian atau spiritual.

FESTIVAL Bon Odori.

Perbezaan di antara perayaan dan upacara keagamaan perlu jelas kerana ia membawa situasi dan pemahaman yang berbeza.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin  Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj  bertitah supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat penganjuran Festival Bon Odori serta menghalang mana-mana individu untuk menyertainya.

Baginda turut mengarahkan pegawai Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menghadiri festival berkenaan bagi melihat sendiri apa yang berlaku.


Pada 6 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati festival itu mempunyai unsur keagamaan.

Kenyataan Idris itu turut disambut Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Nor.

Beliau menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dalam Festival Bon Odori kerana khuatir ia boleh membawa kepada perbuatan syirik.

 

 

 

 

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Persekutuan, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempunyai pandangan yang berbeza.

Beliau berpendapat, keputusan untuk menyekat mahupun melarang penyertaan umat Islam dalam menyertai Festival Bon Odori tidak harus dilakukan secara terburu-buru.

Salleh, Pengerusi Kumpulan Qhazanah Sabah berkata, sebaliknya program kebudayaan itu harus dilihat dari sudut berbeza yang ternyata memberikan impak positif kepada masyarakat.

Pada pandangan Salleh, kepelbagaian yang wujud harus diraikan dan sebarang keputusan tidak boleh dilakukan secara melulu tanpa membuat pemerhatian terlebih dahulu.

“Saya menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun, Bon Odori di Shah Alam, Selangor pada 16 Julai ini.

“Seharusnya kita melihat program kebudayaan tersebut dari sudut berbeza yang ternyata memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Justeru beliau berkata, keputusan untuk menyekat mahupun melarang penyertaan muslim janganlah dibuat dengan terburu-buru.

Katanya lagi, ia selaras dengan titah Tuanku yang berpendirian, ‘banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama tetapi tidak semestinya agama ada dalam budaya’,” kata Salleh dalam hantaran di Facebook. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button