AgamaNasionalNegeriPendidikan

Dua pelajar KUIPs pemenang Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan hadiah kemenangan kepada Nuradilah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar

DUA pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Muhammad Zawawi Dun dan Nuradilah Azdi masing-masing diumumkan pemenang sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar.

Pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam Muhammad Zawawi diumumkan Johan Hafazan kategori 1-30 juzuk bagi kategori lelaki manakala pelajar dari Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam (FMKI) pula diumumkan pemenang ketiga kategori tilawah bagi Qariah.

Kedua-dua pemenang ini menerima hadiah masing-masing daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sementara itu Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang mengulas mengenai kejayaan pelajarnya berharap kemenangan ini akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar disini untuk melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Saya yakin dengan kejayaan yang dicapai oleh kedua pelajar ini pastinya akan menyuntik semangat pelajar kampus ini agar berusaha dan mencapai kejayaan disemua peringkat,” sambung beliau lagi.

Muhamad Rozaimi bersama Muhammad Zawawi dan Nuradilah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar

Menurut Dr Muhamad Rozaimi sesungguhnya penyertaan mereka ini juga adalah apa yang diajar oleh Nabi SAW “Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain) – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Dalam pada itu Muhammad Zawawi yang berasal dari Kampung Bunga Simpang Perlis berazam untuk berusaha untuk mencapai kejayaan diperingkat kebangsaan pula pada 23 Mei 2024 nanti. – SM

BACA Perdana Menteri ucap tahniah kepada para pemenang Perhimpunan Tilawah Al-Quran Antarabangsa

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button