Agama

HIMPUNAN anjur program “Muslimah membela aqidah”

KANGAR: Himpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu-Islam Negeri Perlis (HIMPUNAN) melalui Persatuan Al-Islah Perlis menganjurkan program “Muslimah Membela ‘Aqidah” yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar, Perlis.

Antara panelis undangan adalah Ustazah Nor Faezah Hassan dan Ustazah Habsah Arshad “Wasiat Luqman Al-Hakim Dalam Tilawah Dan Tadabbur”, Dr Roshimah Shamsuddin “Membela Aqidah: Teladan Wanita Generasi Salaf’, Ustazah Azizah Mat Isa Al-Hafizah “Menyemai Aqidah: Melentur Biarlah Waktu Rebung” dan Dr Nur Athirah Masya’il Tan Ai Pao “Mempertahankan Aqidah: Selamatkan Saudari Selslam Daripada Dimurtadkan”.

Majlis perasmian disempurnakan oleh anakanda sulung kepada Tuanku Raja Muda Perlis, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah bt Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir menyambut ketibaan Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah ialah Pengarah Program, Tuan Marja Tuan Mat.

Turut diadakan ialah ‘Nasyid Aqidah’ oleh Anak-anak Puteri Pusat Jagaan Teratak Rahmat dan Bacaan Al-Qur’an Braille oleh Wanita Rumah Lavender.

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button