AgamaNasionalNegeri

MAIPs saran umat Islam guna peluang penghujung tahun ini berzakat

UMAT Islam disaran supaya menggunakan peluang di penghujung tahun 2022 ini untuk menunaikan zakat masing-masing kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Bagi kemudahan pembayaran zakat, kini boleh dilaksanakan dengan lebih mudah hanya dengan hujung jari iaitu klik ke https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php.

Selain itu, semakan Penyata Resit bayaran boleh diperoleh di http://zakat.maips.gov.my/ .

Demikian peringatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program penyerahan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000
kepada 30 asnaf terpilih dalam kariah Masjid Ameer Fawwaz di Sungai Baru Simpang Empat, Arau.

Setiap seorang menerima RM700 yang diagihkan oleh amilnya, Shokkeri Ismail setelah menerima sumbangan tersebut daripada Raja Muda baru-baru ini.

Tambah Mohd Nazim, selain Itu MAIPs juga membuka peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ‘wakaf’ dan ‘sedekah’ sebagai pahala berpanjangan.

Sebarang info lanjut boleh layari www.maips.gov.my.

Jangan terlepas peluang bagi tahun kewangan 2022 ini.

“Semoga ibadah anda diterima Allah. Anda beri, MAIPs tadbir, asnaf terbela!.” – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button