NasionalNegeri

Olahraga IPT: Mohamad Amirul dari UniMAP raih pingat emas 400m

MOHAMAD Amirul Baharuddin, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP berjaya meraih pingat emas bagi acara 400 meter pada kejohanan Grand Prix Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022.

Beliau yang mencatatkan masa 52.02 saat telah menewaskan saingannya Chan Xiu Huin dari HELP Universiti dengan perbezaan 25 saat.

Kemenangan ini membolehkan Mohamad Amirul membawa pulang RM200 dan pingat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, baru-baru ini.

Malah Mohammad Amirul juga turut menyumbang pingat gangsa dalam acara 400 meter berpagar selain turut menjadi penyumbang pingat perak dan gangsa bagi acara berpasukan 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter.

Pengurus Pasukan UniMAP, Harith Ammar Mohd Sobri berkata, selain Mohammad Amirul, atlet lain yang turut menyumbang bagi acara berpasukan 4 x 100 meter adalah Mohd Raimi Mustaffa Kamal, Muhammad Faris Kamarzaman dan Muhammad Izzul Azri Mohd Nasaruddin.

“Manakala bagi acara 4 x 400 meter, selain Mohammad Amirul; Mohamad Raimi, Muhammad Faris turut menyertai adalah Abqari Ajwad Kamaruzzaman dengan catatan masa 3 minit 26 saat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, UniMAP juga telah menghantar lapan atlet iaitu enam lelaki dan dua wanita bagi lima acara individu lelaki, dua acara berpasukan lelaki, dua acara individu wanita dan satu acara berpasukan campuran lelaki dan wanita.

Katanya, 38 institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung selama tiga hari mulai 16 Disember lalu.

“Kejohanan ini adalah pertama kali dianjurkan mengantikan kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bagi sukan olahraga di mana format kejohanan adalah setiap peserta perlu melayakkan diri dalam semua sirkit bermula sirkit satu hingga empat sebelum layak ke pertandingan akhir.

“Walaupun UniMAP berada di kedudukan ke-17, kejohanan ini adalah medan bagi melayakkan para atlet UniMAP ke kejohanan yang lebih berprestij seperti Sukan Sea, World University Games, ASIAN Games dan kejohanan lain anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya. – SM


 

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button