Luar Negara

Kucing punca lebih 100 kes kebakaran

JABATAN bomba Seoul melaporkan lebih 100 kes kebakaran yang berlaku di Korea Selatan berpunca daripada kucing sejak tiga tahun lalu.

Haiwan peliharaan itu yang menghidupkan dapur elektrik melalui sentuhan kakinya pada alat kawalan yang sensitif sentuhan.

Di Seoul, kucing dipercayai bertanggungjawab terhadap 107 kebakaran dalam tempoh tiga tahun dan sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan oleh Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul minggu lalu.

Anggota bomba bandar berkenaan juga melaporkan senario berulang berpunca daripada kucing.

Kebakaran bermula apabila haiwan itu berlari di atas permukaan dapur elektrik yang sensitif akan sentuhan.

Dengan sentuhan mudah daripada kaki kucing biasanya sudah cukup untuk menghidupkan api dapur berkenaan.

Hampir separuh daripada kes kebakaran iaitu kira-kira 52 kes, dicetuskan oleh haiwan itu ketika pemiliknya tidak berada di rumah.

Pegawai bomba, Chung Gyo Chul memberi amaran dengan menasihati isi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan supaya memberi perhatian lebih kepada haiwan mereka kerana api boleh merebak secara meluas apabila pemilik tiada di rumah. – SM

(Visited 1,507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button