Luar Negara

Panggil sayang, gred rendah boleh tukar jadi tinggi

KALAU berada di institusi pengajian tinggi, tidak mustahil pensyarah boleh jatuh cinta dengan pelajarnya sendiri dan situasi itu berlaku sejak dahulu sehingga sekarang dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam kalangan kita semua.

Seorang pelajar di Indonesia mendedahkan gred subjeknya telah dinaikkan oleh seorang pensyarah selepas pensyarahnya itu memanggilnya dengan panggilan sayang.

‘Cerdiknya’ pelajar berkenaan apabila dia mendedahkan perkara tersebut tetapi idenditinya disembunyikan menerusi akaun Twiitter dan kemudiannya dikongsi semula oleh @tubirfess.

Menurut pelajar tersebut, dia telah menerima mesej daripada pensyarah itu menerusi aplikasi LinkedIn yang bertanya, apakah kelas yang diduduki oleh pelajar tersebut.

“Beberapa hari lepas, pensyarah yang sama ini menghantar mesej kepada saya di LinkedIn dan dia bertanya, saya kelas apa?

“Saya kata kepadanya, saya berada dalam kelasnya dan gred peperiksaan sudah keluar,” tulisnya di Twitter.
Pelajar itu berkata, dia berasa pelik kerana tiba-tiba pensyarah itu memanggilnya dengan panggilan sayang.

Bagaimanapun, pelajar tersebut tetap melayan pensyarah berkenaan kerana pensyarah itu ingin menaikkan markahnya daripada B kepada A.

“Pada mulanya, saya berasa pelik dan takut kerana dipanggil ‘sayang’ tetapi saya juga ingin gred dinaikkan kerana subjek tersebut tiga jam kredit. Oleh itu, saya layan saja pensyarah itu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman netizen terhadap tindakan pelajar dan pensyarah berkenaan.

‘’Saya risau satu hari nanti pensyarah itu akan meminta sesuatu sebagai balasan,’’ komen seorang netizen. -SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button