NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda zahir ucapan Selamat Bergembira sempena Deepavali

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan ucapan Selamat Bergembira dalam suasana muhibah bersama ahli keluarga dan rakan taulan kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang menyambut Hari Deepavali, baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke kediaman Dr Paras Joshi di Bangsar sempena Deepavali baru-baru ini.

Ucapan yang sama juga disampaikan oleh anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra seisi keluarga turut mengulangi titah agar seluruh rakyat sentiasa mempertahankan keharmonian kaum dan agama yang telah menjadi tradisi yang diwarisi di bumi bertuah ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan anakanda berkenan berangkat ke salah sebuah kediaman keluarga India sempena Deepavali.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka atas undangan Datuk V. Harikrishnan dan keluarga di Butterworth, Pulau Pinang.

Sepanjang sambutan pada tahun ini Baginda Raja Muda turut berkenan meluangkan masa berangkat menziarahi kediaman Datuk Seri Prof. Dr. Paras Doshi di Bangsar, Kuala Lumpur; Datuk M. Rajasekaran di Bukit Gelugor, Pulau Pinang; dan Surinraj di Jejawi, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat ke salah sebuah keluarga India sempena Deepavali.

Raja Puan Muda juga turut berkenan menghadiri majlis Deepavali Kumpulan Valiram di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button