Nasionalpilihan

Kerajaan semak semula skim gaji, elaun penjawat awam

Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012 kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

“Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Kerajaan juga akan memberi RM1,000 kepada semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mereka dengan mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

Perdana Menteri juga turut menyeru pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah. – SM

 

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button