Nasional

Kerajaan akan laksana cukai minimum global

KERAJAAN dijangka melaksanakan cukai minimum global pada 2025.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya RM750 juta.

Bercakap pada pembentangan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, beliau berkata kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa.

“Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa, terutamanya dalam membendung aktiviti asas cukai dan memindahkan keuntungan kepada negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah,” katanya. – SM

Baca : Bajet 2024 memperkasakan ekonomi rakyat

(Visited 19 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button