Politik

Mengaku suara dalam audio: Hamzah tidak patut rasa bangga – ADUN DAP

MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak sepatutnya berasa bangga dengan mengakui rakaman audio yang tular dikatakan mirip suaranya adalah perbualan beliau dengan seorang ‘individu penting’.

Ahli Dewan Undangan DAP Sheikh Omar Ali berkata, pengakuan Hamzah hanya menghakis kepercayaan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia.

Ini kerana dengan pengakuan itu, Hamzah dilihat seperti menggunakan kedudukannya terhadap PDRM.

“Hamzah tidak patut merasa bangga dengan pengakuan yang dibuat berkaitan kebocoran rakaman suara beliau yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

“Kenyataan tersebut hanyalah akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap PDRM apabila Hamzah dilihat menggunakan kedudukannya untuk mencatur,” katanya.

Semalam Hamzah mengakui rakaman audio yang tular di media sosial merupakan suara beliau.

Menurutnya, dia tidak perlu menafikan perkara itu kerana tidak melakukan sebarang kesalahan dan yang bersalah adalah pihak yang merekod perbualan berkenaan.

Sementara itu Sheikh Omar berkata, Hamzah perlu membuat penjelasan berhubung beberapa persoalan dalam timbul daripada rakaman tersebut.

“Selain itu, apakah yang Hamzah maksudkan dengan “it will be very good for us”? Siapakah ‘us’ yang dimaksudkan dalam konteks perbualan Hamzah?

“Memandangkan Hamzah sudah membuat pengakuan secara terbuka, rakyat berhak mendapat jawapan serta penjelasan berhubung perkara ini,” kata beliau.

Hamzah dalam rakaman audio itu dikatakan sedang berbual dengan seseorang dan didakwa mengatur ‘orang kita’ sebagai pegawai kanan dan pegawai tertinggi dalam PDRM.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakaman audio itu katanya bukan baharu sebaliknya perbualan itu berlaku pada tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kerana tidak membuat sebarang kesalahan.

“Saya sedang memberitahu seseorang, individu yang sangat penting. Tiada apa salah jika saya memberitahunya.. kami membuat perkara yang betul.

“Kerana perkara ini ditanya oleh pihak Istana berhubung maklumat berhubung perkara berkenaan, dan kita akan menghantarnya dan saya berkata kepada IGP, kita akan hantar beberapa nama,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau sebagai Menteri Dalam Negeri akan menggunakan cara lain untuk mencari dalang di sebalik rakaman audio yang tersebar tanpa perlu membuat laporan polis.

Mengulas mengenai dakwaan yang beliau cuba campur tangan dalam isu pertukaran pegawai kanan PDRM, beliau berkata beliau mempunyai kapasiti sebagai sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).-SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button