NasionalpilihanPolitik

Buatlah perbandingan antara pemerintahan BN dan PH sebelum mengundi – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesa orang ramai lebih-lebih lagi pengundi awal untuk membuat keputusan tepat demi menentukan masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tegas Ismail Sabri, untuk lebih selamat, pengundi awal perlu membuat pertimbangan sewajarnya dan membuat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Peluang yang diberikan kepada PH oleh rakyat ketika itu adalah untuk melihat perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam mentadbir negara.

“Bagaimanapun apa yang jelas bahawa mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang diharap oleh rakyat,” katanya semasa sidang akhbar selepas Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam.

“Saya percaya mereka perlu buat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan sewaktu pemerintahan PH,” kata beliau.

Ditanya mengenai tahap sokongan penjawat awam kepada BN, Ismail Sabri memberitahu, sokongan terhadap parti itu tinggi.

“Sewaktu PH memerintah, mereka telah gambarkan bahawa kakitangan kerajaan perlu dikurangkan dan sebagainya, maka mereka (penjawat awam) merasakan mereka tiada pembelaan sewaktu PH berbanding selepas BN kembali memerintah,” katanya.

Selain itu, katanya, selama menjadi Perdana Menteri pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk kepentingan warga perkhidmatan awam.

“Dari segi kerajaan memang kita menjaga kepentingan penjawat awam jauh daripada PH, saya yakin esok penjawat awam akan menyokong BN,” jelasnya.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button