Politik

Anwar terima borang 600 anggota Bersatu masuk PKR

AHLI Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima borang keahlian daripada 600 anggota Bersatu untuk memasuki Parti Keadilan Rakyat.

Borang tersebut diterima daripada anggota Bersatu cawangan Teluk Kemang hari ini. Menurut Anwar kesemua mereka keluar dari Bersatu kerana kecawa dengan perjuangan Bersatu yang mengkhianati mandat rakyat.

Jelas beliau, tindakan bekas anggpta Bersatu itu juga kerana hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan parti itu.

“Menerima borang keanggotaan untuk menyertai KEADILAN daripada 600 ahli Bersatu cawangan Teluk Kemang.

“Saya dimaklumkan oleh wakil mereka saudara Ibrahim Khan Amanulla Khan, langkah keluar Bersatu itu susulan kecewa dengan perjuangan parti yang mengkhianati mandat rakyat selain hilang kepercayaan kepada pucuk kepemimpinannya.

“Saya mewakili keluarga KEADILAN mengalu-alukan penyertaan mereka serta mana-mana pihak yang ingin bersama terlibat dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat berbilang kaum dan agenda reformasi,” kata Anwar.

Parti Bersatu ketika ini dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang telah keluar daripada Pakatan Harapan sejak Mac lalu dan menyertai kerjasama dengan Barisan Nasional dan Pas serta beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.

Sementara bekas kepimpinan Bersatu termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipecat daripada parti itu telah menubuhkan parti baharu bernama Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Parti itu didaftarkan semalam dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo. Selain Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Dr Mahathir, lima  lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang.

Lima penaja itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.-SM

 

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button