Politik

Banyak orang buat ulasan Tengku Razaleigh tak betul – Ibrahim

DAKWAAN mengatakan Veteran dan Penasihat UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah bersekongkol dengan bepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah tidak benar.

Ini kerana, Tengku Razaleigh atau Ku Li dikenal sebagai seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah untuk bersama menyertai komplot pihak tertentu.

Justeru, kebersamaan Ku Li bersama Dr. Mahathir dalam sidang akhbar pada dua hari lepas hanyalah bertujuan menyatakan pendirian terhadap suatu isu yang sama.

Sedangkan sebelum ini ramai pihak menyedari perbalahan antara Dr. Mahathir dengan Kuli adalah sejak 1982 dalam perebutan kedudukan Timbalan Presiden UMNO lagi.

Kemudian, kedua-duannya pula berebut jawatan Presiden UMNO pada 1987 yang kemudian menyebabkan parti terbesar masyarakat Melayu itu diharamkan.

“Tetapi Tengku Razaleigh lain, fasal ada banyak pihak buat ulasan kononnya Tengku Razaleigh bersekongkol dengan Dr. Mahathir, dahulu bergaduh sekarang baik. Banyak tak betul semua ini.

“Adalah, cybertrooper parti-parti tertentu memang hendak buruk Dr. Mahathir ini biarlah.

“Tetapi, ada yang hendak burukkan Tengku Razaleigh, saya rasa tak betul.

“Kalau beliau bersama dengan Dr. Mahathir, pastinya Tengku Razaleigh hadir ke Dewan Rakyat mengundi menolak Belanjawan 2021.

“Tetapi beliau tidak hadir. Itulah buktinya beliau hanya berkongsi dari segi isu semasa bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

Demikian kata veteran politik yang juga Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali, ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Terdahulu, Ku Li dan Dr. Mahathir mengadakan sidang akhbar bersama di Yayasan Al Bukhary di Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut, kedua-dua pemimpin yang sebelum ini berseteru itu bersependapat dalam isu yang sama iaitu keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Oleh sebab itu, kedua-dua mereka kemudian membayangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang susulan undian bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

Namun, Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak mungkin Ku Li mudah bekerjasama dengan pihak lain.

“Ini sebenarnya amat luar biasa, tiba-tiba dua hari lepas mereka buat sidang akhbar bersama.

“Saya lihat, walaupun mereka buat sidang akhbar bersama, saya tidak nampak bahawa Tengku Raleigh bersama Dr. Mahathir.

“Walaupun beliau hadir sidang akhbar, tetapi tidak bererti Tengku Razaleigh sekarang ini bersama Dr. Mahathir dari segi politik.

“Saya ingat bila Dr. Mahathir jemput, beliau datang. Kalau dalam isu politik semasa ini, beliau (Tengku Razaleigh)n ada pendirian dia sendiri.

“Walaupun dalam keadaan kerajaan sekarang ini, beliau duduk dalam kumpulan sama dengan Muhyiddin.

“Namun, beliau tidak menyokong Muhyiddin dan mempersoalkan keabsahannya sebagai Perdana Menteri,” ujarnya. – SM

(Visited 964 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button