Politik

Kerajaan PH Melaka bubar?

UCAPAN terima kasih Ketua Menteri Melaka Adly Zahari menimbulkan pertanyaan sama ada negeri tersebut bakal beralih kepimpinan daripada Pakatan Harapan kepada kerajaan baharu.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Adly secara umum mengucapkan terima kasih kerana memberinya peluang untuk menjadi pemimpin di negeri tersebut.

Menurutnya, walaupun tempoh pentadbirannya tidak panjang namun beliau telah berusaha melakukan yang terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang saya memimpin kalian.

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi,” kata Adly ringkas.

Pergolakan politik semalam menyaksikan  Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekaligus menyebabkan Pakatan Harapan tidak lagi menjadi Kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh yang sama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassi mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan. Sementara 11 pemimpin PKR termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar daripada parti itu.

Pada masa ini, kedudukan kerusi DUN Melaka ialah 15 PH dan 13 Barisan Nasional (BN) yang semuanya dari UMNO.

Komposisi kerusi PH ialah DAP (lapan), PKR (tiga) dan masing-masing dua milik Bersatu dan Amanah.

Sebelum ini beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di Melaka dikatakan berminat menyertai blok pembangkang.

Perkara itu didedahkan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek, yang walau bagaimanapun, tidak menyebut nama mana-mana individu tertentu.

Beliau mendakwa, kumpulan wakil rakyat itu hilang keyakinan terhadap kepimpinan Adly.-SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button