Politik

Anwar dan isteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengemukakan perkembangan mengenai cubaan menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, petang ini.

Sembah menghadap pada pukul 2.30 petang esok, selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dijangka memaklumkan turut mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen terdiri dari sebahagian PKR, Amanah dan DAP untuk membentuk kerajaan.

Untuk membentuk kerajaan Anwar memerlukan sokongan 112 ahli parlimen daripada 222 ahli parlimen kesemuanya.

Semalam gabungan ahli parlimen Bersatu, UMNO, Pas, MCA, serpihan PKR dan Amanah, GPS serta Warisan menyatakan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir untuk membentuk kerajaan baharu.

Sokongan 131 ahli parlimen itu dinyatakan dalam jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Datuk Seri Azmin Ali.

Mengikut perancangan Dr. Mahathir tidak akan membubarkan parlimen, sebaliknya hanya akan menggantikan menteri-menteri kabinetnya.

Alasannya adalah bagi memastikan lebih berkesan dalam mengurus tadbir negara khususnya isu yang sangat kritikal pada masa ini iaitu ekonomi.

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button