Hiburan

Mampukah Pendekar Awang atasi kehebatan Mat Kilau?

Seperti yang dijadualkan filem Pendekar Awang terbitan kembara studio akan menemui penonton pada 11 Januari ini.

Menurut penerbitnya, Abdul Rahman Mt Dali filem Pendekar Awang memakan kos rm14 juta.

Berdasarkan pemerhatian awal dalam tayangan perdana kepada pihak media timbul satu persoalan yang mengusutkan.

Tayangan Filem Pendekar Awang yang berlangsung di Ioi Putrajaya semalam

Persoalan tersebut berkait dengan mampukah Pendekar Awang mengatasi kehebatan filem Mat Kilau yang pernah menjadi fenomena negara.

Hal ini demikian kerana Pendekar Awang juga mempunyai banyak cerita dan teka teki kepada penggemar filem dunia persilatan dan epik purbawara.

Semalam telah terjawab bahawa Syamsul Yusof bukan lah pengarah bagi filem ini, sebaliknya dua nama yang agak asing dalam kalangan penggemar filem iaitu Shahrudin dani dan Saiful Reza e shukur.

Tempoh 35 minit pertama sepatutnya menjadi satu penanda aras sesebuah filem itu untuk kekal relevan dalam durasi 2 jam namun ia seperti tidak berlaku dalam filem ini.

Memang filem ini menepati tema perjuangan kembara studio dalam menyediakan hiburan bermafaaf seisi keluarga namun apabila bercakap tentang komensel ada sesuatu pihak produksi abaikan.

Apa-apa pun ia masih sebuah filem yang baik kerana cukup tegas dalam mengakat isu jati diri dan kepentingan bangsa untuk dipertahankan dengan pelbagai ancaman yang mendatang.

Filem pendekar awang akan menemui penonton 11 Januari 2024, turut menampilkan pelakon- pelakon Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Artikle Berkaitan :>

Penerbit filem Pendekar Awang kunci mulut isu busana aktres

Filem Mat Kilau beri gambaran tak tepat peranan kaum zaman penjajah

Projek prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul, Adi Putra, Beto

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button