Hiburan

Populariti belum sampai, Asmidar syukur dapat rezeki mengajar

SEORANG penyanyi wanita, Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar binti Ahmad memanjatkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjadi seorang pendidik tercapai sejak dua tahun lalu selepas negara berdepan pandemik Covid-19.

Pelantun suara kepada lagu Biar Sampai Ke Bintang itu berkata beliau kini mengembangkan kerjaya terbarunya sebagai tenaga pengajar kelas teater tradisional, Mek Mulung di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Mengajar memang menjadi cita-cita saya sejak dulu lagi selain ingin menjadi seorang penyanyi dan alhamdulillah ketika negara dilanda pandemik saya mendapat rezeki untuk mengajar dan menjadi pensyarah” katanya ketika ditemui sabtu lalu, pada Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar.

Asmidar menghiburkan anak yatim Cahaya Kasih selepas ditemui pemberita

Jelasnya, beliau tidak begitu peduli mengenai populariti sebagai penyanyi kerana kejayaan itu merupakan sesuatu perkara yang subjektif bagi setiap orang.

“Jujur bukan saya tidak kisah langsung, saya ingin saja mencipta nama, tetapi masa saya belum sampai lagi.


“Bagi seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap seni suara dan mencipta lagu, saya tidak akan berhenti sehingga saya capai apa yang diinginkan” katanya.

Tambahnya, walaupun sudah lama terlibat dalam industri seni tanah air beliau tidak akan berputus asa dan akan terus memberi yang terbaik dalam karier nyanyiannya.

“Bagi saya, apa yang saya lalui sepanjang karier saya, saya bersyukur dan saya tahu suatu hari nanti Allah akan makbulkan segala doa saya.

Justeru Asmidar sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan meminta agar terus mendoakan perjalanan beliau meluaskan nama dalam industri ini.

“Untuk semua peminat saya di luar sana yang mungkin sudah lama tidak melihat wajah saya, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya dan juga lupa untuk terus menyokong saya, inshaAllah saya akan hasilkan dan keluarkan lagu-lagu buat peminat semua” tambahnya. – SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button