Hiburan

Adibah Noor gadai emas untuk tampung kewangan hidup

RAMAI sebenarnya yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah golongan selebriti tempatan.

Terbaharu, penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menerusi akaun Instagramnya memberitahu yang dia terpaksa menjual barang kemas untuk meneruskan kehidupan.

“Ada sebahagian barang kemas saya di pajak gadai sebab keadaan kewangan yang teruk. Itu antara yang diperlukan untuk teruskan kehidupan.

“Apatah lagi golongan seperti saya yang bekerja di atas pentas dan depan lensa kamera, memang tidak ada kerja langsung semasa PKP,” jelasnya.

Menurutnya, bila masuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) barulah dia mempunyai tawaran bekerja.

BACA> Mark Adam risau keadaan ibu di Filipina

Itupun menurut Adibah, jumlah bayaran yang diterimanya adalah jauh lebih rendah berbanding sebelum PKP.

“Habis tu nak buat macam mana. Nak hidup kenalah kerja. Dapat bayaran sikit pun asalkan dapat duit pun dah bersyukur.

“Saya memang tidak malu untuk bercerita mengenai kesusahan saya sebab kita  kena cuba cari jalan sendiri untuk teruskan kehidupan semasa PKPP,” jelasnya.

Namun jelas penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, luahannya ini bukanlah untuk meraih simpati atau sebagainya.

Sebaliknya sebagai cara untuk semua orang melakukan yang terbaik bagi menjana pendapatan masing-masing.

BACA> Depan cakap lain, belakang cakap lain – Shuib

Tambahnya lagi, dia juga meminta maaf kepada pihak-pihak yang memohon bantuan kepadanya kerana tidak dapat menghulurkan apa yang sepatutnya. -SM

(Visited 949 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button